Isnin, 30 November 2009






"Azam nape sedih, senyumlah sikit". Tengok cam Daniel, penatpun masih mampu tersenyum.

KARNIVAL PRASEKOLAH PERINGKAT ZON, ZON 2/ 1.8.2009

Karnival prasekolah peringkat zon telah diadakan pada 1.8.09 bertempat di SK. Belanja. Acara - acara yang berjaya dimenagi oleh pasukan SKTB ialah tempat pertama bercerita bahasa melayu, tempat pertama nyanyian dan gerakan, dan tempat ketiga bercerita bahasa inggeris. Tekunnya Idham mewarna. "Warna cantik - cantik, nanti boleh dapat hadiah"





Cikgu Liza memberikan galakan dan dorongan kepada murid - murid. "Amjad, Daniel, warna cantik dan kemas ye"......





"Nie la hasil kerja Mija, cantiktak Mija warna?. Mija menunjukkan gambar yang telah diwarna kepada cikgu Nani.




Cikgu Shaliza, guru - guru, dan ibu bapa memerhatikan murid yang sedang mewarna. Guru dan ibu bapa memberikan galakan dan dorongan kepada murid.





"Wow, comelnya, boleh jadi jejaka idaman Malaya". Cayalah.........





Murid - murid sedang menunggu giliran untuk membuat persembahan. "Amier jaganlah tidur nyanyilah dulu".




Murid - murid sedang membuat persembahan. Tahniah kerana berjaya menjadi johan nyanyian dan gerakan peringkat zon, zon 2.

Rabu, 25 November 2009





Amier menyampaikan cerita yang bertajuk Petani Jaya. Tahniah Amier kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam acara bercerita bahasa melayu.




Tahniah kepada Idham, kerana dapat menyampaikan sajak yang bertajuk Kasihku Hanya Untkmu dengan cemerlang, walaupun tidak berjaya mendapat tempat.




Tn. Haji Mokhtar B. Mat Dris selaku Pegawai Pealajaran Daearah, telah memberikan hadiah kepada pemenang. Terima kasih diucapkan daripada guru prasekolah dan semua warga SKTB.



Ye............... kami menang tahun ni. Kami Johan untuk acara nyanyian dan gerakan, yang ada 2 hadiah tu johan acara bercerita bahasa melayu, dan tempat ketiga untuk acara bercerita bahasa inggeris.

PERKHEMAHAN KEIS EMAS

Perkemahan keris emas murid - murid aliran perdana telah diadakan di Kem Kota, Layang - Layang Kiri. Perkhemahan ini disertai oleh 10 orang murid tahun 5. Murid - murid ini telah dibimbing oleh Cikgu Firdaus dan Cikgu Zurida dan guru - guru SKTB yang lain. Syabas dan tahniah kepad semua guru SKTB, kerana bersatu hati untuk menjayakan kem ini. Setingi - tinggi tahniah diucapkan kepada semua guru, kakitangan, pekerja swasta, dan murid kerana berjaya mendapat tempat ke-5.

SAMBUTAN HARI JADI FASA 1


Sambutan hari jadi Fasa 1, parasekolah sktb disambut sempena ulang tahun beberapa orang murid pra yang telah genap berumur 6 tahun. Ibu bapa telah dijemput untuk memeriahkan majlis ini. Majlis diraikan pada sebelah petang. Lihatlah murid - murid bersiap sedia menunggu acara memotong kek.






Izzat, Mirza, dan Sharil, bersiap sedia untuk memotong kek.





Hati - hati ye Wahidah, Sara, Idham dan Haziq kot terkena api lilin tu, potong je kek ye.....





Azhar, Amjad, Afiq, Mustaqim dan Mardiah sedang meniup lilin. Tiup kuat - kuat pas ni boleh makan.




Sesi penyampaian hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh pengerusi permuafakatan prasekolah, iaitu En. Aizulazahan B. Ismail




Murid - murid menikmati hidangan, sedapnye bihun sup....... hati - hati ye jangan sampai tumpah. Apala yang Amjad nak ye, siap angkat tangan lagi, tu mesti belum dapat kek.




Guru - guru telah dijemput untuk memeriahkan majlis ini. Terima kasih kepada guru - guru yang hadir. Kalau ada majlis kat pra datang lagi la ye.....





Nie waris murid prasekolah. En. Aizulazhan pun join gak. Sonoknya kak Ain nak makan nugget...... bak ler cikit.....




Murid - murid memeriahkan suasana. Tiuplah hari nie je cikgu bagi peluang tiup - tipu tu. Riuh rendah kelas hari nie dibuatnya.....

SUKAN TAHUNAN KALI KE-56




Murid - murid prasekolah menyertai acara perbarisan sempena sukan tahunan kali ke - 56. Alahai Amier..... perbarisan baru je nak mula tapi Amier dan nampak letih. Murid - murid yang lain bersiap sedia untuk acara perbarisan.




Perbarisan murid prasekolah yang diketuai oleh adik Tamrin B. Roslan. Terima kasih kepada murid tahun6, kerana membantu murid prasekolah untuk acara perbarisan.





Murid - murid memberikan sokongan padu kepada rakan mereka. Mereka menunjukkan semangat kesukanan. Cepat Sara junjung pundi kacang tu.........





Persaingan yang hebat antara Izzat dan Ainul. Go girl............. go boy..................... Pastinya kejayaan bakal menanti.




Idham, Amjad, dan Haziq menunujkkan medal yang telah dimenangi dalam acara larian 50 meter. Penat dah Ikin...... johan larian 50 meter untuk murid perempuan.






Kenape Azam janganlah sedih, walaupun tak menang dalam acara larian 50 meter. Tahun depan boleh cuba lagi. Menyepikan diri kat tengah tu wat pe?



Azam kembali senyum setelah mendapat hadiah untuk acara sukan neka. Murid - murid menunjukkan botol air yang mereka dapat semasa hari sukan. Minmulah air masak selalu yer, untuk mengelakkan kencing manis.



SAMBUTAN HARI JADI DENY MAISARA


Deny Maisara menyambut ulang tahunnya yang ke-6 pada 8.2.09. Mamanya telah membeli sebiji kek biru sempena hari jadi Deny. Murid - murid lain yang telah genap berumur 6 tahun juga turut diraikan pada hari ini. Inilah gambar kenangan sempena hari jadi Deny. Murid - murid akan diraikan semula pada sambutan hari jadi fasa 1.



Hakime tengok siape?, Haziq punyalah serius, manisnya senyumammu Idham........, yang nombor 4 dai kiri ni adalah Deny. Sebelahnya Azhar, Wahidah, yang tersenyum manja dan bertocang ni Sara dan yang tengah ketam bibir tu Ainul.




Apakah yang sedang dilihat oleh Azhar?. Lihatlah muridku, walaupun keknya satu mereka tetap bersatu padu, memegang pisau yang satu, untuk memotong kek biru.




Comelnya Haziq, macam atuk kat astro macam - macam ada. Ok Idham say chiss. Sara pula walaupun terselit masih mampu tersenyum, tengoklah tocangngya baik punyeeer...